Search This Blog

Ahad, 23 September 2012

SANTAN TERSELIT

bila tegok video ni,aku teringat dgn my family kat JB..kitaorg lepak depan lappy after sahur dibln ramadhan yg lepas..haha sungguh indah saat berada dekat dengan family..huhu miss them so much

Rabu, 12 September 2012

AMARAN!!!

WARNING!!!

Dosa mengumpat hanya layak diampukan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatkan tidak mengampunkan, maka dosa itu akan
kekal dan menerima pembalasannya oleh orang diumpatkan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Sabtu, 12 Mei 2012

Before i really like you ans just 3 words for u.. 143 = I Love You..
But after u broke the promise 3 words also for u.. 143 = I Hate You...
But Still there is 3 words in my heart... 143 = I Miss You
Dont u put the blame on me if 143 = I left You
Its better than 143 = I Kill You!!!

Isnin, 9 Januari 2012

901 SALAH TETAP SALAH

Aku tidak menyokong perhimpunan 901 yang berlangsung esok diperkarangan Mahkamah Jalan Duta. Harapan ku agar para sahabat-sahabat yg berada di area KUALA LUMPUR tidak join sama sekali perhimpunan ini takut2 terjadi perkara yang tak diingini. Walaubagaimanapun, kalau rasa2 mau jugak ikut berhimpun silalah patuhi peraturan yang telah di tetapkan oleh PDRM. untuk itu kami senaraikan peraturan-peraturan tersebut sebagai rujukan anda,

1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir Mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

* Dengan apa yang dijelaskan ini maka diharapkan kepada anda yang berkeras jugak mau berhimpun agar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Sekian terimakasih :)

Sabtu, 7 Januari 2012

tergeletek hatiku

haha siapa yang tengok video ni confirm ketawa guling-guling punya.
.