Search This Blog

Khamis, 5 Januari 2012

KILAT

Assalamualaikum....memandangkan negara kita sekarang ini sering di basahi hujan,saya nak share sedikit tentang kilat..mungkin ramai yang di luar sana tidak tahu tentang kilat ni...


Kilat ialah suatu atau beberapa percikan api yang menghasilkan suhu yang amat tinggi sehingga mencecah 30k darjah celsius.Kekuatan renjatan-renjatan elektrik yang dihasilkan kilat mampu menampung kegunaan elektrik seisi rumah.Namun begitu,aliran karan yang terhasil ini cukup berbahaya kerana arus karan bergerak ini mampu membunuh hidupan di bumi.


Kebiasaannya kelajuan kilat yang dipancarkan ke bumi akan mengambil masa yang singkat untuk sampai ke bawah.Hanya dalam tempoh 50 mikrosaat saja kilat mampu sampai sejauh 50 meter  ke bumi.Selalunya,selepas kepala kilatt turun ke bumi,ia akan naik semula ke atas mengikut arah yang sama.Lebih kurang 10k ampere arus elektrik dibawa kilat turun ke bumi tetapi sewaktu ia naik semula ke atas kekuatan elektriknya berjumlah 20k ampere

.

Kilat terjadi apabila berlaku pelanggaran ion positif dengan negatif pada awan kumulonimbus.Sewaktu kilat sambung menyambung,pancarannya bengkok dan bercabang-cabang.Setiap pancaran boleh berlaku sebanyak dua kali hingga 40 kali.Panjang setiap sambungan kilat adalah antara 1500 dan 3k meter panjang.Pernah terjadi,sambungan kilat mampu mencapai 15 klometer.


Kebiasaannya,kilat disertai bersama bunyi guruh.Bunyi guruh ini terhasil apabila udara sekeliling awan kumulonibus mengembang dengan pantas selepas ia dipanaskan oleh pancaran kilat.Sebab itulah kita nampak kilat terpancar dulu sebelum bunyi guruh.