Search This Blog

Isnin, 9 Januari 2012

901 SALAH TETAP SALAH

Aku tidak menyokong perhimpunan 901 yang berlangsung esok diperkarangan Mahkamah Jalan Duta. Harapan ku agar para sahabat-sahabat yg berada di area KUALA LUMPUR tidak join sama sekali perhimpunan ini takut2 terjadi perkara yang tak diingini. Walaubagaimanapun, kalau rasa2 mau jugak ikut berhimpun silalah patuhi peraturan yang telah di tetapkan oleh PDRM. untuk itu kami senaraikan peraturan-peraturan tersebut sebagai rujukan anda,

1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir Mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

* Dengan apa yang dijelaskan ini maka diharapkan kepada anda yang berkeras jugak mau berhimpun agar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Sekian terimakasih :)

Sabtu, 7 Januari 2012

tergeletek hatiku

haha siapa yang tengok video ni confirm ketawa guling-guling punya.
.

menangis..HAYAT JADI PANJANG?

Ada fakta mengatakan,melepaskan emosi dengan reaksi berbanding hanya memendam rasa,ia dikatakan sebagai rahsia seseorang itu panjang umur!Pakar psikologi,David Maillie yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam kajian biokimia dan klinikal mengakui akan hal itu.Manakan tidak,menangis secara langsung akan membuatkan emosi kamu lebih jelas dan mudah untuk ditafsir.Luahan emosi yang tidak jelas (pendam rasa,tidak menangis dan berpura-pura) sekali gus mampu menjejaskan hubungan.Akibatnya,orang lain (terutamanya wanita) akan mengangap kurangnya emosi yang dipamerkan lelaki menunjukkan bahawa si dai tidak menghargai wanita.Ada wanitayang menyifatkan lelaki menangis menampilkan kejujuran dan keberanian kerana sangup melepasakan ego untuk apa yang mereka rasai.Ia jauh daripada imej strereotaip lelaki yang digambarkan keras
dan tidak ada perasaan sedih.Kenapa tangisan lelaki itu dikatakan jujur dan bukan dibuat-buat?Ini kerana,lelaki sejati hanya menangis dalam situasi yang benar-benar menyentuh hati mereka.Dalam erti kata lain..Hanya perkara yang cukup meruntun jiwa lelakinya sahaja akan membuatkan dia sukar untuk menahan air mata dari mengalir membasahi pipi.Menurut kajian dari Psychologie Magazine pada tahun 2009 membayangkan bahawa wanita menangis kerana tidak dapat mengawal perasaan marah,takut dan kecewa berbanding lelaki.Pun begitu,satu kajian yang dilakukan oleh responden terpilih dari Penn State University mengatakan di Amerika Syarikat,air mata lelaki kini lebih diterima berbanding perempuan.Kajian ke atas 284 orang itu turut mendapati,tangisan lelaki dikatakan lebih positif kerana mencerminkan kejujuran sedangkan tangisan perempuan pula dilihat sebagai hilang kawalan.

Khamis, 5 Januari 2012

KILAT

Assalamualaikum....memandangkan negara kita sekarang ini sering di basahi hujan,saya nak share sedikit tentang kilat..mungkin ramai yang di luar sana tidak tahu tentang kilat ni...


Kilat ialah suatu atau beberapa percikan api yang menghasilkan suhu yang amat tinggi sehingga mencecah 30k darjah celsius.Kekuatan renjatan-renjatan elektrik yang dihasilkan kilat mampu menampung kegunaan elektrik seisi rumah.Namun begitu,aliran karan yang terhasil ini cukup berbahaya kerana arus karan bergerak ini mampu membunuh hidupan di bumi.


Kebiasaannya kelajuan kilat yang dipancarkan ke bumi akan mengambil masa yang singkat untuk sampai ke bawah.Hanya dalam tempoh 50 mikrosaat saja kilat mampu sampai sejauh 50 meter  ke bumi.Selalunya,selepas kepala kilatt turun ke bumi,ia akan naik semula ke atas mengikut arah yang sama.Lebih kurang 10k ampere arus elektrik dibawa kilat turun ke bumi tetapi sewaktu ia naik semula ke atas kekuatan elektriknya berjumlah 20k ampere

.

Kilat terjadi apabila berlaku pelanggaran ion positif dengan negatif pada awan kumulonimbus.Sewaktu kilat sambung menyambung,pancarannya bengkok dan bercabang-cabang.Setiap pancaran boleh berlaku sebanyak dua kali hingga 40 kali.Panjang setiap sambungan kilat adalah antara 1500 dan 3k meter panjang.Pernah terjadi,sambungan kilat mampu mencapai 15 klometer.


Kebiasaannya,kilat disertai bersama bunyi guruh.Bunyi guruh ini terhasil apabila udara sekeliling awan kumulonibus mengembang dengan pantas selepas ia dipanaskan oleh pancaran kilat.Sebab itulah kita nampak kilat terpancar dulu sebelum bunyi guruh.

Isnin, 2 Januari 2012

PRAISE BE TO ALLAH

Dear my friends lets review every creation of Allah,agar kita dapat memahami kekuasaan dan kasih sayang Allah swt pada kita hamba-hamba NYA.

Ahad, 1 Januari 2012

Tsunami besar di langit


subahanallah...allahuakhbar
satu fenomena alam yang terjadi di langit
Awan ini kelihatan  menggerunkan mata yang memandang..dikatakan kejadian ini berlaku di W.P LABUAN pada 08/11/2011..Wallahualam.


Pada 16/12/2011 di Albama US menunjukan seolah-olah OMBAK TSUNAMI besar berlaku yang terbentuk dilangit biru.Tertarik dengan awan ini,seorang jurugambar mengambil dan menghantar gambar  tersebut ke stesen kaji cuaca tempatan.

Bentuk awan seolah omabak,kejadian ini berlaku di Segamat Johor...Subahanallah allahuakhbar nampak cantik tapi mengerikan.

BERCOUPLE DALAM CARA ISLAM

ISLAM tidak melarang kita untuk bercinta..
Cinta untuk ILAHI adalah cinta yang MAHA UTAMA 


HOT BIKINI

Jika anda di luar sana tidak mempunyai atau kehabisan stok bikini anda boleh cuba cara ini..hanya mengunakan beg plastik...jimat,mudah didapati,pakai buang,kalis air dan boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar.

HAPPY NEW YEAR

Assalamualaikum ini post pertama untuk tahun 2012.Tahun ini aku percaya,bakal penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan untuk semua orang yang mencari kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Yang gigih akan terus maju sedikit demi sedikit dan yang lemah serta mempunyai mentaliti dengi dan irihati akan terus tersungkur.Pilih sendiri mana arah tuju hidup kita..
Buanglah sikap negatif,jauhilah sifat buruk sangka,irihati dan berbaktilah kepada ibu-bapa sementara mereka masih ada.Sayangilah bangsa,sayangilah agama,sayangi diri sendiri serta manusia disekeliling kita..Buat yang terbaik untuk kita semua dalam menempuhi hidup yang mendatang..