Search This Blog

Sabtu, 7 Januari 2012

menangis..HAYAT JADI PANJANG?

Ada fakta mengatakan,melepaskan emosi dengan reaksi berbanding hanya memendam rasa,ia dikatakan sebagai rahsia seseorang itu panjang umur!Pakar psikologi,David Maillie yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam kajian biokimia dan klinikal mengakui akan hal itu.Manakan tidak,menangis secara langsung akan membuatkan emosi kamu lebih jelas dan mudah untuk ditafsir.Luahan emosi yang tidak jelas (pendam rasa,tidak menangis dan berpura-pura) sekali gus mampu menjejaskan hubungan.Akibatnya,orang lain (terutamanya wanita) akan mengangap kurangnya emosi yang dipamerkan lelaki menunjukkan bahawa si dai tidak menghargai wanita.Ada wanitayang menyifatkan lelaki menangis menampilkan kejujuran dan keberanian kerana sangup melepasakan ego untuk apa yang mereka rasai.Ia jauh daripada imej strereotaip lelaki yang digambarkan keras
dan tidak ada perasaan sedih.Kenapa tangisan lelaki itu dikatakan jujur dan bukan dibuat-buat?Ini kerana,lelaki sejati hanya menangis dalam situasi yang benar-benar menyentuh hati mereka.Dalam erti kata lain..Hanya perkara yang cukup meruntun jiwa lelakinya sahaja akan membuatkan dia sukar untuk menahan air mata dari mengalir membasahi pipi.Menurut kajian dari Psychologie Magazine pada tahun 2009 membayangkan bahawa wanita menangis kerana tidak dapat mengawal perasaan marah,takut dan kecewa berbanding lelaki.Pun begitu,satu kajian yang dilakukan oleh responden terpilih dari Penn State University mengatakan di Amerika Syarikat,air mata lelaki kini lebih diterima berbanding perempuan.Kajian ke atas 284 orang itu turut mendapati,tangisan lelaki dikatakan lebih positif kerana mencerminkan kejujuran sedangkan tangisan perempuan pula dilihat sebagai hilang kawalan.